Rai ulang tahun ke-22

Rai ulang tahun ke-22

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Maju Motors Sdn Bhd meraikan ulang tahun penubuhan ke-22 tahun dalam Majlis Makan Malam Tahunan Ulang Tahun Maju Motors di Hotel StarLodge, hari ini.

Lebih 80 orang kakitangan syarikat pengedar tunggal Volkswagen itu menghadiri majlis itu yang termasuklah ahli-ahli Lembaga Pengarah, Dr. Chan Sui Kiat, My Chan Fui Meng dan Pengurus Besarnya, Bernd Siffling.

Ketika berucap pada majlis itu, Dr. Chan Sui Kiat menghargai sumbangan kakitangan yang membawa perubahan dan kemajuan serta kejayaan kepada syarikat itu. Menurutnya, Maju Motors akan sentiasa meningkatkan inovatif dan pembangunan dalam industri automobil.

Warga Maju Motors Sdn Bhd ketika bergambar ramai pada Majlis Makan Malam Tahunan Ulang Tahun Maju Motors di Hotel StarLodge, malam kelmarin.
Warga Maju Motors Sdn Bhd ketika bergambar ramai pada Majlis Makan Malam Tahunan Ulang Tahun Maju Motors di Hotel StarLodge, malam kelmarin.
Dexter Liew selaku penerima anugerah terbaik di Maju Motors disampaikan oleh Dr. Chan Sui Kiat.
Dexter Liew selaku penerima anugerah terbaik di Maju Motors disampaikan oleh Dr. Chan Sui Kiat.

Manakala Ketua Jualan Maju Motors, Dexter Liew yang turut berucap pada majlis itu, mengongsikan pengalaman beliau ketika pertama kali menyertai syarikat berkenaan dan berbangga bekerjasama dengan pasukan kuat yang membawa kereta-kereta berkualiti tinggi kepada pelanggan Brunei.

Majlis ulang tahun itu turut dimeriahkan dengan persembahan dan aktiviti selain penyampaian anugerah kepada eksekutif jualan terbaik, eksekutif pasca jualan terbaik, persembahan kumpulan dan pakaian terbaik.

ARTIKEL YANG SAMA