Rai ulang tahun kemenangan Iran

Rai ulang tahun kemenangan Iran

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Bagi meraikan Ulang Tahun Kemenangan Republik Islam Iran ke-37, Kedutaan Republik Islam Iran di Brunei Darussalam telah mengadakan majlis resepsi yang berlangsung di Tingkat 4, Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Brunei, ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan lagu kebangsaan Republik Islam Iran, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke negara ini, Tuan Yang Terutama Abdolhamid Fekri dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyatakan bahawa dasar luar negara Republik Islam Iran adalah berdasarkan memelihara kemerdekaan negara, menghormati kebebasan pihak lain dan juga perkembangan hubungan persahabatan dengan negara-negara lain seperti Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain ketika menerima hadiah yang disampaikan oleh TYT Abdolhamid Fekri.
Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain ketika menerima hadiah yang disampaikan oleh TYT Abdolhamid Fekri.
Antara yang hadir ketika lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dinyanyikan.
Antara yang hadir ketika lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dinyanyikan.

Menyentuh mengenai hubungan di antara Brunei dan Iran, Tuan Yang Terutama berkata, kedua-dua buah negara mempunyai persamaan dari segi sejarah, budaya dan agama, serta mempunyai banyak minat sama yang membuatkan kedua-dua buahnya menjadi lebih rapat dan meningkatkan hubungan dan kerjasama dalam pelbagai aspek.

Kemuncak majlis adalah memotong kek ulang tahun yang disempurnakan oleh oleh Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain dan TYT Abdolhamid Fekri.

Para tetamu yang hadir kemudiannya dialu-alukan untuk menikmati jamuan yang disediakan sambil menyaksikan tayangan video mengenai Republik Islam Iran.

ARTIKEL YANG SAMA