Raih AS$11 juta setahun

SALURAN YouTube telah menjadi medium terbaru untuk para selebriti. Di dalamnya ada pakar kecergasan, pengamal produk-produk, pelawak, gosip-gosip hangat, semuanya ada dalam saluran tersebut.

Beberapa daripada mereka ini memperoleh hasil yang lumayan, namun buat salah seorang daripada mereka itu mempunyai aura yang tersendiri. Dia adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun iaitu Ryan.

Dia memperolehi AS$11 juta pada tahun lalu dengan melakukan apa yang kanak-kanak suka: bermain dengan permainan. Namun berbeza buat Ryan, di mana dia mendapatkan hasil duitnya itu melalui mengomen pelbagai jenis permainan dalam salurannya, ‘Ryan Toys Review’.

Majalah Forbes baru saja mengeluarkan senarai 10 orang YouTubers teratas yang memperolehi pendapatan tertinggi pada tahun 2017 dan Ryan berada dalam kedudukan kelapan dalam senarai itu, mengikat tempat dengan saluran komedi, Smosh. Anggaran ini meliputi tempoh dari 1 Jun 2016 hingga 1 Jun 2017, di mana video yang dihasilkan Ryan mencatatkan lapan bilion tontonan secara keseluruhan dan memperolehi AS$11 juta hasil daripada pengiklanan. Kanak-kanak lelaki itu begiti popular di seluruh dunia yang mana kanak-kanak lainnya mula meniru dan melancarkan saluran mereka sendiri.

Permulaan bagi semua ini agak luar biasa: video pertama yang dimuat naik pada bulan Mac 2015 oleh ibu bapa Ryan. Ia memaparkan Ryan sedang membuka set kereta api Duplo, menyusun blok-blok dan bermain dengannya. Video tersebut semakin mendapat perhatian hari demi hari dan kini salurannya itu mempunyai 10 juta pengikut dan menarik minat kanak-kanak dari seluruh dunia.

Nama penuh dan tempat tinggal Ryan di AS telah dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dan privasi.
Ryan mencatatkan lapan bilion tontonan secara keseluruhan dan memperolehi AS$11 juta hasil daripada pengiklanan pada tahun 2017.

Nama penuh dan tempat tinggal Ryan di AS telah dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dan privasi. Ibunya masih ingat bagaimana perjalanan Ryan bermula di YouTube:

“Ryan banyak menonton saluran-saluran ‘komen’ permainan. Antara yang disukainya ialah EvanTubeHD dan Hulyan Maya, kerana mereka sudah terbiasa menghasilkan video mengenai permainan Thomas the Tank Engin, dan Ryan sangat suka kepada Thomas. Satu hari, dia bertanyakan kepada saya, ‘Kenapa saya tidak berada dalam YouTube sedangkan kanak-kanak lainnya boleh?’ jadi kami pun membuat keputusan untuk melakukannya.

Kami pun membawanya ke kedai untuk mendapatkan permainan pertamanya iaitu set kereta api Lego, kalau tidak silap saya. Dari situ bagaimana ianya bermula.”

Menurut bapa Ryan, yang sering muncul dalam video Ryan, berkata bahawa saluran itu juga dapat mengukuhkan lagi institusi keluarga mereka sama ada di dalam mahupun luar negara.

Terdapat klip video yang menunjukkan Ryan sedang melakukan rutin hariannya seperti memotong rambut, menyambut pesta ulang tahun, atau membeli-belah permainan bersama dengan orang tuanya.

Menguruskan saluran itu telah menjadi pekerjaan sepenuh masa ibunya, yang mana seorang guru kimia bagi pelajar-pelajar sekolah menengah.

Ibu bapa Ryan berkata mereka akan berhenti membuat video jika Ryan sudah mulai bosan dengannya.

“Buat masa sekarang, dia suka membuat video. Setiap kali saya hendak membuat rakaman untuknya, dia sangat teruja. Selagi dia menyukainya dan tidak menganggu rutin hariannya, kami merancang untuk meneruskannya. Namun apabila dia tidak menyukainya lagi, maka ketika itulah kami akan berhenti melakukannya,” kata ibunya.