Raih ganjaran, fahami erti korban

Raih ganjaran, fahami erti korban

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong pagi tadi telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Akikah yang ke-20 di Dewan Serba guna, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan agihan daging korban ialah Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Ibrahim bin Haji Ismail.

Pengerusi majlis, Haji Haris bin Haji Suboh dalam ucapannya berkata, usaha gigih yang telah ditunjukkan oleh para peserta yang menyertai korban menunjukkan kefahaman yang begitu ketara mengenai dengan pengertian ibadah korban serta ganjaran yang diberikan.

Tahun ini sebanyak 18 ekor kerbau telah dikorbankan dan ibadah itu disertai oleh 114 orang peserta dan 12 orang peserta menyertai majlis akikah.

Haji Ibrahim semasa memberikan daging-daging korban kepada para penerima.
Haji Ibrahim semasa memberikan daging-daging korban kepada para penerima.

pg08_160915_a

Menurut beliau lagi, satu pertiga daripada daging korban itu akan diberikan kepada 53 orang yang memerlukan.

Majlis pagi tadi itu diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidiladha di samping meraih kelebihan dan ganjaran yang diberikan. Selain itu, ia juga bertujuan memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya, Nabi Ismail A.S.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penghulu Mukim Gadong ‘B’, Mejar (B) Haji Bakar bin Safar; Ketua Kampung Kiulap, Haji Mohammad bin Abu Bakar; Ketua Kampung Kiarong, Haji Omarsidi bin Haji Ahmad; Ketua Kampung Menglait, Haji Mohdar bin Haji Ahmad, dan pegawai dan ahli kakitangan Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, ahli-ahli jawatankuasa Masjid Takmir, Muslimah Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah dan Persatuan Belia Syababurroja Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

ARTIKEL YANG SAMA