Raih hasil ‘l...

Raih hasil ‘ladang’ dunia di akhirat

KEHIDUPAN di dunia hanya persinggahan bagi manusia. Gunakan sebaiknya untuk mencari keredaan Ilahi sebagai bekalan pada hari akhirat nanti.

Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari sering menegaskan, dunia, alam dan isinya adalah permainan serta hiburan yang melalaikan jika tidak ditadabbur sebaiknya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga mengenai banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanamannya mengagumkan petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.

Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah al-Hadid, ayat 20)

Akal manusia terbatas dan terhad, sedang ilmu Allah SWT Maha Luas. Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari menerusi Islam Itu Indah menegaskan, dunia, alam dan isinya adalah permainan serta hiburan yang melalaikan jika tidak ditadabbur sebaiknya.

Manusia dituntut menjaga nilai keperibadian hidup di dunia supaya tidak melampaui batas ditetapkan syarak.
Manusia dituntut menjaga nilai keperibadian hidup di dunia supaya tidak melampaui batas ditetapkan syarak.
Perbanyakkan sedekah, infak dan wakaf serta hindarkan daripada dilabur ke jalan kemaksiatan.
Perbanyakkan sedekah, infak dan wakaf serta hindarkan daripada dilabur ke jalan kemaksiatan.

Ia melekakan dalam keindahan, mengasyikkan dengan hiasan serta perlumbaan yang mengujakan. Namun, akhirnya perkiraan di sisi Allah SWT di perkampungan akhirat yang utama.

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: “Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahuinya.” (Surah al-Ankabut, ayat 64).

Kehidupan dunia adalah ladang akhirat, tetapi ia tidak bermakna meninggalkan segala kepentingan dunia dan hanya berfikir mengenai kehidupan akhirat semata. Sebaliknya, melihat kepentingan berusaha bersungguh-sungguh di dunia untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Jaga keperibadian diri

Manusia dituntut menjaga nilai keperibadian hidup di dunia supaya tidak melampaui batas ditetapkan syarak.

Neraka keseimbangan di antara kehidupan dunia dan akhirat perlu sentiasa dititikberatkan supaya tidak tergelincir dalam mengharungi kehidupan yang sementara sifatnya. Umpama lamunan mimpi, sebesar dan sehebat impian yang tergambar, ia tidak akan pernah mengalahkan manisnya kenyataan.

Demikian juga kehidupan dunia, segala jerih perih yang dilalui tidak akan kekal lama, segala hiburan dan kesukaan hanya seketika.

Saat mati datang menjemput, segala-galanya akan hilang dan yang tinggal hanya amal dibawa menghadap-Nya.

Kehidupan dunia adalah ladang akhirat, tetapi ia tidak bermakna meninggalkan segala kepentingan dunia dan hanya berfikir mengenai kehidupan akhirat semata.
Kehidupan dunia adalah ladang akhirat, tetapi ia tidak bermakna meninggalkan segala kepentingan dunia dan hanya berfikir mengenai kehidupan akhirat semata.

Maka, berpijaklah di bumi yang nyata kerana dunia ini bakal tiba ke penghujungnya.

Perlu sentiasa sedar, harta yang dicari di dunia bukanlah tujuan hidup, tetapi tidak lebih daripada saranan untuk mencapai tujuan hidup sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Dunia itu laksana syurga bagi orang kafir dan penjara bagi orang Mukmin.” (Riwayat Muslim)

Harta, wang turut ditimbang

Setiap harta yang kita dapat dan belanjakan akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat nanti.

Bermula daripada sumber harta itu diperoleh sehingga cawangan dan cabang ia dibelanjakan segala-galanya dalam kira-kira Yang Maha Bijaksana.

Justeru, perbanyakkan sedekah, infak dan wakaf serta hindarkan daripada dilabur ke jalan kemaksiatan.

Bukankah kita datang ke dunia ini atas kehendak Pencipta dan kelak akan pulang atas kehendak-Nya juga.

Dunia tidak ubah seperti ruang ujian. Setiap peserta ujian hanya diberi waktu terbatas untuk mengerjakan soalan ujian itu. Begitu pula manusia di dunia ini, ia selalu menghadapi ujian, sejak baligh hingga saat meninggal dunia.

Peserta ujian akan menggunakan waktu dengan sebaik-baiknya, lebih-lebih lagi apabila ujian semakin dekat. Sedangkan, manusia masih leka dan lalai, sedang ajal bertamu tidak mengira waktu.

ARTIKEL YANG SAMA