Raih pengalaman baru bermain boling

Raih pengalaman baru bermain boling

Oleh Pengiran Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Bersempena pelancaran mesin pelincir jenama Kegel di Utama Bowling, syarikat tersebut menjemput pemain-pemain boling dari Brunei Muara dan Kuala Belait untuk meraih pengalaman terbaru bermain boling dengan menggunakan mesin bertaraf dunia.

Mesin tersebut adalah yang pertama di Brunei dan digunakan dalam kejohanan boling di Eropah, Professional Bowlers Association (PBA) dan Professional Women’s Bowling Association (PWBA).

Dengan mesin ini, para pemain boling akan dapat melatih lontaran mereka dengan lebih tepat untuk menyesuaikan cabaran mereka dalam permainan boling secara profesional.

Sesi bergambar ramai para pemain boling sempena pelancaran mesin pelincir jenama Kegel.
Sesi bergambar ramai para pemain boling sempena pelancaran mesin pelincir jenama Kegel.
Mesin yang pertama di Brunei dan digunakan dalam kejohanan boling di Eropah, PBA dan PWBA.
Mesin yang pertama di Brunei dan digunakan dalam kejohanan boling di Eropah, PBA dan PWBA.

ARTIKEL YANG SAMA