Raih pengalaman dalam Program MASA

Raih pengalaman dalam Program MASA

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Seramai 10 orang pelajar pasca ijazah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), baru-baru ini, telah berkunjung ke Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai sebahagian daripada Program Makmal Sosio-Akademik (MASA) ISDEV-UNISSA.

Dalam kunjungan dari 12 hingga 22 Julai lalu itu, rombongan telah diiringi dua tenaga akademik iaitu Dekan Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad selaku ketua rombongan dan Pengarah Pusat Lepas Ijazah, Dr. Hajah Rasinah binti Haji Ahim.

Kunjungan rombongan berkenaan telah disambut oleh Pengarah ISDEV, Prof Syukri Salleh dan juga warga ISDEV.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan UNISSA, di sini, hari ini, sepanjang program berkenaan, rombongan telah mengikuti program ilmiah seperti Bengkel Penulisan Akademik1-4: Reka Bentuk Kajian, Pengumpulan Data, Analisis Data, Kolokium, Mock Viva, Wacana Ilmiah, konsultasi penulisan dan kelas kendiri.

Gambar ramai rombongan UNISSA.
Gambar ramai rombongan UNISSA.

Pada waktu yang sama, rombongan juga menjalankan program khidmat sosial di Rumah Anak-anak Bakti dengan mengadakan ‘Program Jom Solat.’

Menurut UNISSA, dapatan daripada program tersebut, para pelajar bukan sahaja mempelajari metode penulisan akademik yang boleh dimanfaatkan dalam penulisan disertasi dan tesis mereka, bahkan juga dapat mengongsi ilmu dan pengalaman sesama pelajar pasca ijazah sekali gus mempererat silaturahim

Program tersebut merupakan kolaborasi antara UNISSA dan Pusat Kajian ISDEV, USM. Ia telah diadakan buat kali pertamanya menerusi kunjungan 22 orang pelajar ISDEV, USM ke UNISSA pada 27 Julai hingga 30 Ogos 2015.

Antara objektif program adalah untuk merealisasikan memorandum persefahaman antara UNISSA dan USM menerusi kolaborasi dan mobiliti para pelajar dalam bidang akademik, khidmat sosial dan kenali negara.

ARTIKEL YANG SAMA