Raih pengetahuan dan pengalaman berguna

Raih pengetahuan dan pengalaman berguna

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Guru-guru Politeknik Brunei telah meraih pengetahuan dan pengalaman baru daripada Simposium Antarabangsa bagi Pembelajaran dan Pengajaran Inovatif Politeknik Brunei ke-2 yang diadakan di Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan berakhir hari ini.

Salah seorang guru berkenan ialah Dayang Nurul Rasyidah binti Abdul Rahman yang meraih pengalaman berharga pada hari pertama simposium melalui penerangan mengenai e-learning yang boleh diaplikasi dalam pembelajaran di sini kelak.

“Pada hari kedua, saya juga meraih pengetahuan lebih meluas melalui aktiviti berkaitan dengan rangka cerita dan bagaimana pengisian modul itu secara sendiri, mempelajari pengauditan sumber dan juga peta.

Menurut beliau lagi, “Walaupun sudah setahun mengajar, saya tidak banyak pengetahuan mengenai perkara ini yang berkaitan dengan pedagogi pengajaran, sesuatu yang berguna bagi pendidikan.”

Walau bagaimanapun, beliau merasakan simposium terlalu singkat kerana semua pengetahuan dan aktiviti dipadatkan dalam masa dua hari, berharap mereka diberikan lebih banyak masa lagi untuk mempelajari segala-galanya.

“Saya tahu agak sukar bagi pelajar teknikal yang mengambil jurusan HND kerana mereka kebanyakan daripada ‘O’ Level, berubah daripada pengajaran yang sedia ada kepada sesuatu yang lebih praktikal, namun ia perlu dicuba,” tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA