Raikkonen bakal menyerlah tahun depan

Raikkonen bakal menyerlah tahun depan

ITALI, 15 Dis (Reuters) – Presiden Ferrari, Sergio Marchionne berkata dia telah menyaksikan kemunculan Kimi Raikkonen yang baru dan percaya juara dunia Formula Satu tahun 2007 itu bersedia bagi tahun fenomena 2016.

“Jika saya boleh memberikan anda sebahagian maklumat menarik, saya menyaksikan perubahan besar terhadap Kimi musim ini,” dia memberitahu sidang akhbar sebelum Krismas di ibu pejabat Maranello, Ferrari semalam.

“Kami bercakap bersama sebahagian rakan sejawatan kami sejak tiga atau empat hari lalu, dan kami mula untuk melihat terhadap Kimi yang berbeza.”

Marchionne berkata pemandu dari Finland itu, 36, sekarang menjadi seorang ayah yang berbangga, lebih banyak ketenangan dalam kehidupan peribadinya dan ia membantunya menjadi lebih kompetitif.

Raikkonen ketika meraih tempat kedua pada perlumbaan Grand Prix Bahrain musim ini. – Reuters
Raikkonen ketika meraih tempat kedua pada perlumbaan Grand Prix Bahrain musim ini. – Reuters

Raikkonen menamatkan musim 2015 di tempat keempat pada keseluruhannya dan dengan 150 mata, berbanding kepada rakan sepasukan dan juara empat kali, Sebastian Vettel yang menamatkan di tangga ketiga dengan 278 mata selepas memenangi tiga perlumbaan.

Pemandu dari Finland itu yang dilihat dalam bahaya kehilangan kerusinya tetapi berakhir dengan mengekalkan bagi semusim lagi memperbaiki dengan baik sejak setahun.

Marchionne membandingkannya kepada sebuah filem di mana pada bahagian keduanya adalah lebih baik berbanding yang pertama dan berkata dia menjangkakan Raikkonen akan lebih banyak terlibat tahun depan.

“Ia berlaku kepada Seb. Dia mempunyai tahun fenomena dalam tahun pertamanya dan saya menjangkakan bahawa Kimi akan bangkit untuk mencabar dan memiliki musim fenomena pada 2016,” katanya.