Raikkonen kekal bersama Ferrari

Raikkonen kekal bersama Ferrari

MILAN, 21 Ogos (AFP) – Kimi Raikkonen akan kekal sebagai pemandu Ferrari dan rakan kongsi Sebastian Vettel untuk musim 2016, pasukan Formula Satu Itali mengumumkan semalam.

Raikkonen, juara dunia 2007, menyertai semula Ferrari pada permulaan tahun tetapi prestasi biasa-biasa beliau telah mencetuskan kepada khabar angin gergasi Formula One itu sedang meneroka pilihan lain. Presiden Ferrari Sergio Marchionne sebelum ini berkata, masa depan Raikkonen terletak dalam tangannya sendiri, yang telah ditafsirkan sebagai isyarat jelas beliau memperbaiki prestasi untuk kali kedua bersama gergasi Itali.

Bagaimanapun, semalam Ferrari mengeluarkan satu kenyataan ringkas yang berkata ‘perjanjian teknikal dan perlumbaan’ mereka bersama Raikkonen telah diperbaharui. Vettel, yang menikmati kerjaya menakjubkan bersama Red Bull, kini berada di tangga ketiga dalam kedudukan pemandu kejohanan dunia dengan 160 mata, 42 di belakang Lewis Hamilton (202) dari Britain.

Rakan sepasukan Mercedes Hamilton, Nico Rosberg di tangga kedua (181), dengan Raikkonen jatuh ke tempat kelima (76). Raikkonen mengakui dia diberi peluang baru untuk menunjukkan beliau komited dengan perjuangan Ferrari.

Raikkonen menandatangani autograf sebelum Grand Prix F1 di Spa-Francorchamps, Belgium kelmarin. – Reuters
Raikkonen menandatangani autograf sebelum Grand Prix F1 di Spa-Francorchamps, Belgium kelmarin. – Reuters

“Apa yang boleh saya katakan? Bagi saya, untuk kekal tinggal setahun lagi di Ferrari bermakna impian ini akan diteruskan,” kata beliau dalam satu kenyataan pasukan.

“Scuderia adalah keluarga saya seperti yang selalu saya katakan. Disinilah saya ingin menamatkan kerjaya saya. Saya lebih komited berbanding sebelum ini dan ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberikan saya peluang ini.”

Ferrari menyambar Vettel awal tahun ini untuk meningkatkan prestasi pasukan dan menyaingi Red Bull yang semakin menguasai sukan itu. Walaupun Vettel kekal kompetitif musim ini, ketua pasukan baru Maurizio Arrivabene berkata, beliau menjangka Raikkonen tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan kepadanya.