Raikkonen terpantas ujian di Silverstone

Raikkonen terpantas ujian di Silverstone

SILVERSTONE, United King-dom, 15 Julai – Pemandu Fer-rari, Kimi Raikkonen merakam masa terpantas pada hari kedua dan terakhir sesi ujian di Litar Silverstone di sini, semalam, beberapa hari selepas Grand Prix (GP) Britain.

Juara dunia tahun 2007 itu mencatat 1 minit 30.665 saat, bagi mengatasi catatan terpantas 1:31.290s yang dilakukan oleh pemandu McLaren, Fernando Alonso pada sesi ujian sehari sebelumnya di litar terkenal itu.

Juara bertahan, Lewis Hamilton daripada Mercedes memperoleh petak utama pada GP Britain hujung minggu lalu.

Dia merekodkan masa 1:29.287s dan memenangi perlumbaan bagi merapatkan jurang dengan rakan sepasukan, Nico Rosberg kepada hanya satu mata bagi kedudukan pemandu terbaik.

Perlumbaan GP seterusnya adalah di Hungary pada 24 Julai ini. – AFP