Raja Arab Saudi pecat menteri air dan elektrik

Raja Arab Saudi pecat menteri air dan elektrik

RIYADH, 24 April – Raja Arab Saudi telah memecat menteri air dan elektrik di negara itu, Abdullah al-Hussayen, di tengah-tengah kemarahan orang ramai terhadap kenaikan harga barang, lapor media.

Raja Salman mengeluarkan perintah pada hari Sabtu dengan mengarahkan pemecatannya dan mengumumkan pengganti sementara yang akan dijawat oleh Menteri Pertanian Abdel Rahman al-Fadli, lapor agensi berita rasmi SPA.

Penyingkirannya datang selepas kerajaan mengurangkan subsidi elektrik, air dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Pada bulan Mac, Arab News daily melaporkan bahawa Hussein menggesa rakyat untuk mendapatkan permit bagi penggalian telaga mereka sendiri semasa negara itu menghadapi peningkatan aduan mengenai bil air yang tinggi.

Dan pada awal bulan ini, akhbar itu berkata bahawa penasihat Majlis Syura ‘muncul dengan kurang yakin’ apabila ahli-ahlinya Hussayen dan pegawainya dalam situasi ‘panas’ mengenai bil-bil itu.

Gambar fail yang diambil pada 30 November 2010 menunjukkan Menteri Elektrik dan Air Arab Saudi, Abdullah al-Hussayen, bercakap kepada media di Bandar Raya Kuwait. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 30 November 2010 menunjukkan Menteri Elektrik dan Air Arab Saudi, Abdullah al-Hussayen, bercakap kepada media di Bandar Raya Kuwait. – AFP

Pada bulan Disember, beberapa siri pembaharuan pernah berlaku sebelum ini dan telah diterima pakai di dalam kerajaan padang pasir itu, yang telah terjejas teruk oleh kejatuhan mendadak harga minyak dunia sejak dua tahun yang lalu.

Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang dilihat sebagai arkitek pembaharuan, akan mengumumkan pada Isnin ini dalam satu program penyiaran yang bertujuan untuk mempelbagaikan ekonomi dari bergantung kepada minyak sebanyak 70 peratus hasil daripada negeri itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA