Raja Arab Saudi rombak kabinet

Raja Arab Saudi rombak kabinet

RIYADH, 8 Mei (NNN) – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud telah mengeluarkan beberapa perintah diraja yang termasuklah penyusunan semula institusi kerajaan negara beraja itu dan rombakan kabinet, lapor media rasmi semalam.

Perintah baru itu termasuklah pembatalan Kementerian Air dan Elektrik dan pindaan nama Kementerian Perdagangan dan Industri untuk menjadi Kementerian Perdagangan dan Pelaburan, menurut mahkamah diraja Saudi dalam satu kenyataan, menurut Agensi Media Saudi (SPA).

Ia termasuklah juga pindaan nama Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral, menurut kenyataan itu, dengan menyatakan ia akan dikhaskan bagi tenaga, dalam penambahan untuk pelaksanaan tugas, tanggung jawab dan kegiatan berkaitan elektrik dan industri.

Integrasi Kementerian Buruh dengan Kementerian Hal Ehwal Sosial untuk menjadi satu kementerian bernama Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial adalah juga antara perintah diraja.

Perintah-perintah juga termasuklah penubuhan Autoriti Am bagi Hiburan, yang akan melaksanakan semua kegiatan berkaitan hiburan dengan lembaga pengarah yang pengerusinya dilantik oleh perintah diraja, menurutnya, dengan menambah kata bahawa terdapat juga penubuhan Autoriti Am bagi Kebudayaan dengan lembaga pengarah dipengerusikan oleh Menteri Kebudayaan dan Maklumat.

Raja Saudi juga mengganti sebilangan menteri dan pegawai-pegawai tertinggi dari jawatan mereka, dan melantik menteri baru di kementerian Petroleum dan Sumber Mineral, Haji dan Umrah, Perdagangan dan Pelaburan, Tenaga dan Industri dan Sumber Mineral, Pengangkutan, Hal Ehwal Sosial dan Kesihatan.

Baginda juga melantik Putera Dr. Turki bin Mohammed bin Saud Al-Kabeer Al-Saud sebagai penasihat baginda, selain dari sebilangan penasihat baru di Mahkamah Diraja, kementerian-kementerian, suruhanjaya kanan ilmuan, dan urus setia am Majlis menteri-Menteri.