Raja Berdaulat, Laila Perkasa

Raja Berdaulat, Laila Perkasa

Oleh Sim Y. H., Yusrin Junaidi & Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani & Sim Y.H.

BANGAR, 21 Julai – Setelah Daerah Tutong mempersembahkan persembahan yang membawa tema ‘Raja Perkasa, Negara Berjaya, Rakyat Sejahtera’; kini masanya bagi Daerah Temburong mengetengahkan persembahan khas yang membawa tema Raja Berdaulat, Laila Perkasa; bersempena dengan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Temburong yang berlangsung di Kawasan Padang Dewan Kemasyarakatan Temburong , Pekan Bangar, hari ini.

Bagi 2016, persembahan padang khas di Daerah Temburong membawa pendekatan yang berlainan berbanding tahun-tahun yang sudah di mana pada tahun ini, ia mengetengahkan pondok-pondok etnik masyarakat Daerah Temburong.

Tema persembahan itu menggambarkan kedaulatan dan kecemerlangan kepimpinan Baginda Sultan sebagai seorang Sultan yang kekal berdaulat serta disanjung tinggi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mendengar sembah penerangan semasa melawat ke Pondok Cina yang mengetengahkan penulisan iaitu seni kaligrafi cina.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mendengar sembah penerangan semasa melawat ke Pondok Cina yang mengetengahkan penulisan iaitu seni kaligrafi cina.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menjunjung ziarah ke Pondok Iban yang berlatarbelakangkan cara pembuatan senjata daripada puak Iban.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menandatangani potret Baginda semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menandatangani potret Baginda semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong.
Baginda Sultan berkenan menyaksikan persembahan tarian Ngajat semasa di Pondok Iban.
Baginda Sultan berkenan menyaksikan persembahan tarian Ngajat semasa di Pondok Iban.

pg04_160722_d

Dalam persembahan itu, Pondok Melayu mengetengahkan persembahan silat yang mempamerkan seni silat di gelanggang silat yang dikhaskan oleh kira-kira 20 orang pesilat yang terdiri daripada remaja dan orang dewasa daripada kalangan puak Melayu.

Pondok Murut pula menampilkan keunikan adat perkahwinan puak Murut dengan mempamerkan pengantin duduk di atas tawak-tawak dengan adat, Ngated Tayen iaitu adat yang masih dipraktikkan oleh puak Murut hingga sekarang di mana persembahan disertai oleh kira-kira 20 orang penduduk dari puak Murut.

Persembahan silat yang terdiri daripada 20 orang pesilat remaja dan dewasa dalam kalangan puak Melayu.
Persembahan silat yang terdiri daripada 20 orang pesilat remaja dan dewasa dalam kalangan puak Melayu.
Antara persembahan Gulintangan di Pondok Melayu.
Antara persembahan Gulintangan di Pondok Melayu.

Pondok Cina pula mengetengahkan penulisan iaitu seni kaligrafi yang menunjukkan kegiatan pengajaran dan pembelajaran tulisan kaligrafi masyarakat Cina dalam sebuah kelas lama. Persembahan itu diketengahkan oleh peserta-peserta yang terdiri daripada golongan remaja dan dewasa masyarakat Cina.

Pondok Iban pula menumpukan kepada pembuatan senjata dan tarian Ngajat suku puak Iban, di mana tarian ngajat iaitu Ngajat Bujang Berani, menunjukkan ketangkasan dan keberanian pahlawan puak Iban dengan berlatarbelakangkan cara pembuatan senjata daripada puak Iban.

ARTIKEL YANG SAMA