Raja bola Sukan SEA

Raja bola Sukan SEA

SINGAPURA, 16 Jun (Bernama) – Thailand berjaya mempertahankan ‘ibu segala pingat emas’ acara bola sepak Sukan SEA ke-28 selepas mengalahkan Myanmar 3-0 dalam final di Stadium Nasional Singapura, Isnin malam.

Kejayaan tersebut menyaksikan skuad ‘Gajah Perang’ melakarkan nama dalam sejarah Sukan SEA sebagai pasukan bola sepak yang paling banyak meraih pingat emas iaitu kali ke-15 sejak acara itu diperkenalkan pada edisi 1959 ketika dikenali sebagai Sukan SEAP.

Pada final, Thailand hanya membuka gawang gol lawan pada babak kedua menerusi jaringan Tanaboon Kesarat pada minit ke-54 diikuti Chananan Pombubpha (64’) dan pemain gantian, Pinyo Inpinit pada minit ke-78.

Sementara itu, Vietnam merangkul pingat gangsa setelah membenam Indonesia 5-0. Pemain tengah Vo Huy Toan menjadi wira pasukan Vietnam apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-21 dan 41 manakala tiga lagi gol disumbangkan oleh Mac Hong Quan pada minit ke-14, Nguyen Hu Dung (45+1’) dan Que Ngoc Hai pada minit ke-71.

Para pemain Thailand meraikan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea selepas menewaskan Myanmar 3-0 dalam final di stadium Nasional Singapura semalam. – AFP
Para pemain Thailand meraikan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea selepas menewaskan Myanmar 3-0 dalam final di stadium Nasional Singapura semalam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA