Raja pecut bertembung

Raja pecut bertembung

SWANSEA, United Kingdom, 14 Ogos (AFP) – Swansea adalah pasukan seterusnya yang menawarkan pengurus Newcastle Steve McClaren panduan kepada prospek kelab barunya musim ini dalam persaingan Liga Perdana di mana raja pecut akan menjadi pengaruh besar.

McClaren menegaskan selesai di lapan tangga teratas mungkin bagi pasukan Newcastle yang berada dalam bahaya penyingkiran sehingga perlawanan akhir musim lalu, dan layak mendapatkan mata di tempat sendiri menentang Southampton, yang selesai di tangga ketujuh musim lalu.

Sekarang kunjungan ke Swansea, yang berada di belakang Southampton di tangga kelapan, juga akan menjadi ujian kecemerlangan pasukan yang disusun oleh bekas bos England, yang sedar bahawa ini adalah permainan yang seharusnya tidak dilepaskan Newcastle jika mahu berada dalam kumpulan kelab kecil yang sekarang menumpukan perhatian dalam Liga Europa selain zon penyingkiran.

Swansea pasti mendedahkan bukti dalam perlawanan pembukaan mereka yang mana mereka juga boleh efektif musim ini seperti musim lalu di bawah bimbingan Garry Monk. Mereka juga seri 2-2, tetapi ini adalah titik perubahan menarik berbanding Newcastle, menentang juara Chelsea di Stamford Bridge.

Sementara itu Chelsea dikurangkan kepada 10 pemain dengan penyingkiran penjaga gol Thibaut Courtois, tanpa diragui Swansea menggegarkan padang, tidak ada orang lain selain Jefferson Montero, pemain sayap yang lariannya memalukan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.

Kapten pasukan Swansea, Ashley Williams meletakkan pemain antarabangsa Ecuador itu sukar ditandingi dan Daryl Janmaat adalah pemain yang perlu berdepan pemain sayap berusia 25 tahun di Stadium Liberty, tetapi, jika pergerakan untuk memainkan peranan penting, Swansea perlu berhati–hati agar tidak jatuh dalam perangkap kelajuan kerana Newcastle memiliki pemain yang pantas.

Moussa Sissoko, yang peranannya di bahagian kanan midfield bermakna dia akan menghadapi Montero dalam apa yang seharusnya menjadi persaingan menarik dengan keupayaan larian 35.3kmj (21.9mph) ketika menentang Leicester City musim lalu.

ARTIKEL YANG SAMA