Raja renang Jepun berang

Raja renang Jepun berang

TOKYO, 6 April – Raja renang Jepun, Kosuke Kitajima berang semalam selepas kegagalannya untuk layak ke Olimpik Rio musim panas dalam persaingan 100 meter kuak dada lelaki.

Perenang berusia 33 tahun itu yang memenangi dua pingat emas dalam kuak dada 100 dan 200m pada Sukan Musim Panas 2004 dan 2008, menjangkakan untuk layak bagi Olimpik kali kelimanya.

Tetapi Kitajima kelihatan sedih selepas tewas dalam persaingannya bersama Yasuhiro Koseki pada kejuaraan Jepun ketika keduanya terlepas dari mata kelayakan 59.63 saat.

“Saya tidak terkata”, Kitajima memberitahu wartawan selepas mencatatkan masa 59.93 saat pada final Tokyo, sehari selepas berada di bawah standard Rio dalam separuh akhir.

“Ia begitu mengecewakan, saya tidak dapat berenang dengan perlumbaan biasa saya. Saya terlalu memikirkan dan berenang dengan keadaan negatif. Ia masalah saya sendiri, saya terjejas. Saya perlu pergi dan menenangkan kepala saya dan kembali bagi persediaan 200 meter.”

Kosuke Kitajima gagal untuk melayakkan diri ke Olimpik Rio musim panas dalam persaingan 100 meter kuak dada lelaki. - Reuters
Kosuke Kitajima gagal untuk melayakkan diri ke Olimpik Rio musim panas dalam persaingan 100 meter kuak dada lelaki. – Reuters

Perenang paling menarik Asia, Kitajima dan perenang baru Jepun, Koseki akan dilihat kembali dalam 200m, Jumaat ini.

“Sekarang saya perlu mengeluarkan segala yang saya ada untuk 200m,” tambaha Kitajima. “Saya rasakan saya tidak perlu terlalu bimbang mengenai pergerakan dalam 200m. saya berharap akan meningkat dan berenang lebih tenang.”

Koseki, yang memenangi persaingan dengan masa catatan 59.66 saat, dengan terjejas dalam penilaiannya biarpun sagu hati bagi gelaran kebangsaan. “Saya tidak mempercayainya,” katanya. “Ia begitu teruk.”

Kajian bermula segera ketika jurulatih lama Kitajima, Norimasa Hirai berkata: “Dia menunjukkan kelemahan mental yang luar biasa. Saya tidak dapat menuding jari bagi sebarang kesilapan.” – AFP