Raja Saudi akan lawat Kuwait, harap sambung semula pengeluaran minyak

Raja Saudi akan lawat Kuwait, harap sambung semula pengeluaran minyak

BANDAR KUWAIT, 29 Nov – Raja Saudi, Salman akan melawat Kuwait minggu depan ketika harapan meningkat di emiriah itu bagi penyambungan semula pengeluaran dari medan minyak yang ditadbir bersama selepas dua tahun ditutup.

Raja itu akan berkunjung ke Kuwait selama tiga hari pada 8 Disember selepas sidang kemuncak Teluk di Bahrain, lapor akhbar Al-Jarida hari ini.

Lawatannya muncul ketika Kuwait Gulf Oil Co. (KGOC) milik kerajaan bersedia bagi harapan lama penyambungan semula pengeluaran dari medan Khafji luar pesisir, yang dijalankan bersama dengan Saudi Aramco Gulf Operations.

Dalam memo dalaman yang dilihat oleh AFP, KGOC meminta kakitangan untuk membuat persediaan perlu.

Ia mengarahkan pengimplementasikan Pelan Kesediaan Permulaan (Startup) untuk menempatkan ‘kemudahan dalam keadaan kesediaan dalam tempoh dekat bagi mencapai penyambungan semula pengeluaran minyak mentah Khafji’.

Pengeluaran dari medan minyak Khafji telah dihentikan pada Oktober 2014.

Arab Saudi memetik kebimbangan persekitaran namun langkah itu muncul di tengah-tengah kejatuhan harga minyak yang memberi tekanan kepada pengeluar di seluruh dunia.

Pembatalan kepada pengeluaran medan sekitar 300,000 tong sehari – dikongsi bersama antara kedua-dua buah negara – melanda Kuwait lebih teruk daripada Arab Saudi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA