Raja Thai kembali ke hospital

Raja Thai kembali ke hospital

BANGKOK, 1 Jun (AFP) – Raja dipuja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej kembali ke hospital di Bangkok bagi ujian perubatan, menurut istana hari ini, di tengah-tengah kebimbangan mendalam orang awam mengenai kesihatannya dalam negara bergolak politik itu.

Raja berusia 87 tahun itu dan paling lama memerintah, dilayan hampir sama dengan tuhan mereka oleh kebanyakan rakyat Thai. Sebelum ini, beliau menghabiskan masa hampir tujuh bulan pulih di Hospital Siriraj, Bangkok selepas pembedahan mengeluarkan batu karang dalam Oktober.

Semasa berada di sana, beliau membuat beberapa kemunculan awam namun belum pernah berucap di khalayak ramai semenjak pembedahan.

Kebimbangan mengenai kesihatannya berkurangan dalam Mei apabila beliau menghadiri ulang tahun ke-60 pemahkotaannya di istana di Bangkok.

Beberapa hari kemudian beliau dibenarkan pulang dari hospital bersama isterinya yang sakit, Ratu Sirikit dan mereka membuat perjalanan ke istana diraja di kawasan peranginan pinggir laut Hua Hin.

Rakyat Thai memegang potret Raja Bhumibol, Thailand di Hospital Siriraj di Bangkok, 1 Jun. Raja dipuja itu kembali ke hospital hari ini bagi ujian perubatan, menurut istana, di tengah-tengah kebimbangan mengenai kesihatannya di negara bergolak politik itu. – AFP
Rakyat Thai memegang potret Raja Bhumibol, Thailand di Hospital Siriraj di Bangkok, 1 Jun. Raja dipuja itu kembali ke hospital hari ini bagi ujian perubatan, menurut istana, di tengah-tengah kebimbangan mengenai kesihatannya di negara bergolak politik itu. – AFP

Kepulangannya ke hospital hari ini tidak meredakan kebimbangan rakyat Thai bagi masa depan tampuk pemerintahan Bhumibol yang memasuki tahun-tahun suram.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat hari ini, Biro Keluarga Diraja mengatakan Bhumibol akan menjalankan imbasan untuk memastikan sama ada doktor perlu mengeluarkan cecair dari kord tulang belakangnya.

Ujian lain menunjukkan ‘suhu, tekanan darah, jantung dan sistem pernafasannya adalah normal,’ menurut kenyataan itu lagi.

ARTIKEL YANG SAMA