Raja Thai muncul di khalayak ramai

Raja Thai muncul di khalayak ramai

BANGKOK, 5 Mei (AFP) – Raja Thailand Bhumibol Adulyadej yang dihormati namun gering, telah membuat kemunculan luar biasa di khalayak ramai hari ini, meninggalkan hospital tempat baginda berehat untuk sembuh bagi tempoh kebanyakan beberapa bulan lalu.

Konvoi dikawal ketat yang membawa raja berusia 87 yang duduk di kerusi roda bergerak meninggalkan Hospital Siriraj Bangkok menuju Istana Besar, kompleks yang terletak di tengah kuarter lama yang menjadi kediaman dinasti Chakri.

Kunjungan istana dibuat pada Hari Pemahkotaan, hari cuti awam Thailand yang memperingati pemahkotaan rasmi Bhumibol dalam tahun1950, tiga tahun selepas pemerintahan baginda bermula ekoran kemangkatan kekandanya.

Kemunculan raja yang paling lama memerintah di dunia ini akan membawa kelegaan kepada kebanyakan rakyat Thai yang menghormati baginda sebagai separa tuhan.

Baginda dijangka muncul di khalayak ramai pada hari keputeraannya dalam bulan Disember, pada ketika apabila raja pada lazimnya bertemu rakyatnya. Tetapi ia dibatalkan di saat terakhir atas nasihat doktor.

Raja Thailand Bhumibol Adulyadej duduk dalam kenderaan ketika beliau meninggalkan Hospital Siriraj untuk meraikan Hari Pertabalan di Istana Besar, Bangkok, Thailand. Bhumibol membuat kemunculan yang jarang di khalayak ramai bagi upacara ulang tahun pertabalannya 65 tahun lalu. – Reuters
Raja Thailand Bhumibol Adulyadej duduk dalam kenderaan ketika beliau meninggalkan Hospital Siriraj untuk meraikan Hari Pertabalan di Istana Besar, Bangkok, Thailand. Bhumibol membuat kemunculan yang jarang di khalayak ramai bagi upacara ulang tahun pertabalannya 65 tahun lalu. – Reuters

Kebanyakan rakyat Thailand hanya mengenali Raja Bhumibol di atas takhta, dan kegelisahan tentang masa depan sebaik saja pemerintahan enam dekad baginda akan berakhir dilihat sebagai faktor menyaktikan hati dalam perpecahan politik Thailand.

Raja Bhumibol, secara rasmi dikenali sebagai Rama IX dalam tempoh beberapa bulan lalu menghabiskan masanya di hospital selepas menjalani pembedahan untuk membuang pundi hempedu baginda dalam bulan Oktober lalu.

Dalam tempoh dua bulan lalu Bhumibol telah mengadakan perjalanan singkat dari katil hospital baginda, satu perjalanan dalam awal Mei menuju istana berhampiran dan satu lagi pada bulan lalu untuk melihat sungai Chao Praya yang mengalir hingga ke Bangkok.

ARTIKEL YANG SAMA