Raja Thailand beransur pulih

Raja Thailand beransur pulih

BANGKOK, 13 Jun (AFP) – Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej yang uzur dalam proses pemulihan yang memuaskan selepas baru-baru ini menjalani pembedahan untuk memperbaiki lagi aliran darah ke jantungnya, menurut pihak istana, terbaru dalam siri-siri prosedur perubatan bagi raja yang berusia 88 tahun itu.

Bhumibol begitu diagungkan dan kesihatan baginda yang mudah terganggu menjadi kebimbangan besar orang awam.

Pada Selasa lalu para doktor telah menjalankan siri-siri prosedur angioplasti tanpa anestetik, dengan menggunakan belon dan gegelung untuk meluaskan arteri dalam jantung baginda.

Dalam kemas kini terbaru tentang kesihatan baginda yang dikeluarkan oleh pihak istana lewat semalam, para doktor berkata raja menunjukkan kemajuan dengan tekanan darah dan pernafasan kembali normal.

Elektrokardiogram juga menunjukkan aliran darah yang semakin baik ke jantung, tambah kenyataan itu.

Raja dibatasi oleh kerusi roda dan jarang sekali dilihat di khalayak ramai.

Baginda banyak menghabiskan banyak tempoh dalam masa dua tahun di hospital di Bangkok kerana mengalami beberapa penyakit termasuklah jangkitan bakteria, kesukaran bernafas dan hidrosefalus (cecair dalam otak).

ARTIKEL YANG SAMA