Raja Thailand jalani pembedahan jantung

Raja Thailand jalani pembedahan jantung

BANGKOK, 7 Jun – Monarki Thailand, Bhumibol Adulyadej telah menjalani pembedahan arteri jantungnya hari ini, menurut kenyataan dari istana, dalam siri terbaru prosedur perubatan yang dijalani oleh raja berusia 88 tahun itu.

Kesihatan Raja Bhumibol sering menjadi kebimbangan penting rakyatnya yang dikatakan jarang dilihat di khalayak ramai dan pernah dilihat menggunakan kerusi roda. Beliau telah menghabiskan hampir dua tahun di hospital atas beberapa penyakit lain, termasuk jangkitan bakteria, kesukaran bernafas dan kewujudan cecair di otaknya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Biro Kediaman Diraja berkata pemeriksaan baru-baru ini telah menemui beberapa arteri berganda di sebelah kanan jantung raja dan satu di kiri telah menjadi semakin sempit. Pada pagi hari ini, doktor telah melakukan beberapa siri prosedur angioplasti tanpa anestetik, bagi memperluaskan arteri menggunakan belon untuk mengalirkan semula darah secara normal.

“Hasilnya sangat memuaskan dan pasukan perubatan telah memantau rapat keadaannya,” menurut kenyataan. – AFP