Raja Thailand muncul dalam siaran TV

Raja Thailand muncul dalam siaran TV

BANGKOK, 15 Dis (Agensi) – Raja Thailand muncul secara singkat dalam siaran televisyen hari ini di tengah-tengah keprihatinan mengenai kesihatannya.

Raja Bhumibol Adulyadej, yang menjangkau usia 88 tahun awal bulan ini, muncul dalam siaran itu semalam sempena majlis mengangkat sumpah sekumpulan hakim di hospital Bangkok, di mana baginda sedang menjalani rawatan perubatan sejak enam bulan lepas.

Kemunculan terakhir baginda di khalayak rami ialah pada 1 September lepas.

Raja yang amat dihormati dalam pemerintahan raja berperlembagaan itu tidak mempunyai peranan dalam politik tetapi dianggap sebagai simbol perpaduan negara Thailand yang berdepan dengan beberapa kemelut politik sejak beberapa tahun lepas.

Baginda menderita jangkitan paru-paru yang memerlukannya menggunakan mesin untuk membantu pernafasannya.

ARTIKEL YANG SAMA