Rakam saat bahagia di KBSentral

Rakam saat bahagia di KBSentral

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 3 Mac – Pusat Beli-belah KBSentral kini masih membukakan penyertaan bagi mengikuti Pertandingan Fotografi bertema ‘Saat Bahagia Semasa Berada Di KBSentral’ yang akan ditutup pada 7 Mac ini.

Bersempena dengan pertandingan itu juga, KBSentral terus membukakan petak khidmat fotografi bertemakan ‘Saat Bahagia Semasa Berada di KBSentral’ kepada orang ramai yang berkunjung ke pusat beli-belah itu.

Menurut penganjur pertandingan, petak khidmat fotografi yang mereka sediakan itu menerima sambutan yang menggalakkan sejak ia dibukakan pada 20 Februari lalu, di mana para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar bersama keluarga. Turut disediakan adalah prop fotografi dan khidmat mencetak gambar dengan segera, dengan hanya mengenakan harga istimewa.

Penaja utama pertandingan fotografi ini adalah Interhouse Company yang mengetengahkan produk Canon, di samping disokong oleh Yappe IT Store.

Pengunjung berpeluang merakamkan saat bahagia bersama keluarga melalui khidmat fotografi yang disediakan di Pusat Beli-belah KBSentral.
Pengunjung berpeluang merakamkan saat bahagia bersama keluarga melalui khidmat fotografi yang disediakan di Pusat Beli-belah KBSentral.

ARTIKEL YANG SAMA