Rakaman dron dedah rahsia kehidupan ikan paus

Rakaman dron dedah rahsia kehidupan ikan paus

WELLINGTON, 10 Jun – Penyelidik dari New Zealand telah berjaya membuat rakaman dron terhadap ikan paus terancam makan di pesisir Auckland, dengan memberikan pandangan yang luar biasa terhadap gergasi laut itu.

Dalam teknologi dron yang pertama kali digunakan di dunia, pengkaji telah menggunakan ‘mata di langit’ jadi mereka boleh memantau ikan paus Bryde tanpa mengganggunya.

Hasil rakaman menunjukkan paus dewasa dan anaknya bermain-main dalam air dan menggunakan teknik memakan secara ‘terpaan’ ke atas plankton dan kumpulan ikan kecil.

Ikan dewasa, dengan berwarna kelabu berukuran 12 meter (40 kaki) panjang, bertukar-tukar sisi dan berenang di bawah permukaan, membuka mulutnya yang besar untuk memasukkan makanan.

Ketika ia membuat terpaan, air yang datang keluar daripada bahagian bawah mulutnya jadi ia mengembang keluar yang membolehkannya untuk memasukkan lebih banyak makanan.

“Tidak pernah sebelum ini saya menyaksikan keadaan seperti ini,” kata pakar ekologi Universiti Teknologi Auckland (AUT), Barbara Bollard-Green.

“Tidak mungkin kami akan melihat terlalu banyak maklumat dari tinjauan menggunakan bot.”

Ikan paus Bryde disenaraikan sebagai terancam di New Zealand, dengan kurang dari 200 di perairan negara-negara Pasifik Selatan, dan sekitar 100,000 di seluruh dunia.

Kecenderungan mereka untuk makan adalah di bawah permukaan yang menjadikan mereka terdedah dilanggar oleh kapal, terutamanya dalam perairan yang sibuk sekitar Auckland.

Pengkaji AUT berkata dengan menggunakan dron, membolehkan mereka untuk mengkaji mamalia marin sambil menjarakkan kedudukan me-reka.

Pesawat kalis air itu digunakan untuk merakamkan ikan paus pada jarak 40 meter daripadanya sepanjang masa, dengan bot penyelidik sekitar 1.5 kilometer jauhnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA