Rakaman program PeSTAB Berhari Raya 2015

Rakaman program PeSTAB Berhari Raya 2015

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Dalam usaha untuk mendekatkan Radio Televisyen Brunei (RTB) dengan Persatuan Persatuan di negara Brunei Darusalam, rangkaian Nasional FM 92.3 melalui penerbitnya Awang Harun bin Haji Hidup telah menerbitkan sebuah rancangan yang diberi nama Penggiat Seni Tanah Air Brunei ( PeSTAB) Berhari Raya.

Di antara pengisian yang dimuatkan di dalam rancangan tersebut ialah persembahan mini drama, puisi,bermukun berpantun dan persembahan dendangan lagu lagu Hari Raya.

Rancangan yang berdurasi selama 45 minit ke-55minit ini akan disiarkan pada Hari Raya Adilfitri dan dijayakan oleh ahli-ahli PeSTAB yang terdiri daripada pelakon, penyanyi,pemuzik dan pengacara.

Di antara penggiat seni tanah air yang ikut serta dalam rakaman itu ialah Haji Sham, Haji Mohd Daud bin Haji Martarsad,Haji Jali, Haji Firdaus, Pengiran Aluiddin, Awang Aziuddin, Awang Saiful, Hajah Lina, Dayang Rokiah Mohammad, Kak Mum, Dayang Faridah Haji Ibrahim,Hajah Suzy, Dayang Fazidah, Dayang Suzy, Dayangku Mala.

Rakaman ahli-ahli PeSTAB ketika mendendangkan lagu Hari Raya.
Rakaman ahli-ahli PeSTAB ketika mendendangkan lagu Hari Raya.

Rancangan Penggiat Seni Tanah Air Brunei( PeSTAB) Berhari Raya ini disiarkan adalah bertujuan untuk mengangkat Seni Tanah Air Brunei di samping memberikan pendidikan kepada masyarakat melalui drama yang dilakonkan serta menyampaikan mesej untuk sentiasa patuh dan sayang kepada ibubapa sekaligus memeriahkan lagi suasana Hari Raya.

ARTIKEL YANG SAMA