Rakaman video perilaku polis cetus bantahan

Rakaman video perilaku polis cetus bantahan

CHICAGO, 25 Nov (AFP) – Datuk Bandar Chicago merayu bagi ketenangan ketika para pegawai mengeluarkan video mengerikan yang menunjukkan polis menembak seorang remaja kulit hitam semalam, beberapa jam selepas pegawai polis kulit putih didakwa atas tuduhan membunuh.

Video grafik itu adalah yang terbaru dalam siri-siri penembakan polis yang dirakamkan yang telah mencetuskan bantahan beramai-ramai dan AS diselubungi perdebatan berhubung rasisme dan penggunaan kekerasan polis yang membawa maut.

“Saya faham orang ramai akan kecewa dan akan mahu membantah apabila mereka melihat video ini,” Datuk Bandar Rahim Emanuel memberitahu para pemberita.

“Tidak mengapa untuk merasa marah, namun apa yang penting adalah untuk terus bertenang.”

Para penunjuk perasaan berhimpun bagi bantahan yang dianjurkan di Chicago, tetapi hanya berlaku pergelutan kecil dengan penguat kuasa undang-undang. Video itu disiarkan sehari selepas tiga lelaki melepaskan tembakan ke arah para pembantah di Minneapolis, Minnesota yang menunjuk perasaan dalam respons kepada satu lagi penembakan maut oleh pihak polis.

Penunjuk perasaan bertembung dengan polis semasa protes berikutan pengeluaran video yang menunjukkan pegawai Polis Chicago menembak dan membunuh Laquan McDonald. – AFP
Penunjuk perasaan bertembung dengan polis semasa protes berikutan pengeluaran video yang menunjukkan pegawai Polis Chicago menembak dan membunuh Laquan McDonald. – AFP

Lima orang tercedera, tidak seorang pun dalam keadaan serius, dan polis telah memberkas dua tersangka semalam. Video dashcam Chicago menunjukkan pegawai polis Jason Van Dyke melepaskan tembakan 16 kali ke arah Laquan McDonald, 17 tahun.

Tembakan dari kruiser yang menghampiri, ia menunjukkan McDonald berlari ke tengah jalan raya ke arah kruiser, dan kemudian menyingsing seluarnya dan kemudian mula berjalan pergi dari Van Dyke dan rakannya.

Badannya kemudian berpusing dan rebah di permukaan jalan raya, McDonald mengangkat kepalanya, menggerakkan tangannya dan kemudian asap dari tembakan lain kelihatan naik dari bahagian dadanya ketika dia terbaring dalam kedudukan fetus.

Dia tidak bergerak ketika seorang pegawai datang cukup lama untuk menendang sebilang pisau jauh dari tangannya.

Tidak seorang pun pegawai polis menghampiri McDonald untuk cuba membantunya ketika ia terbaring berlumuran darah di jalan raya, dengan sekali menggeliang-geliut dalam minit-minit akhir paparan video itu.