Rakan baik ‘bermusuh’ pada suku akhir Copa

Rakan baik ‘bermusuh’ pada suku akhir Copa

SANTIAGO, 23 Jun (Reuters) – Jurulatih Brazil, Dunga mendakwa dia teman baik rakan sejawatnya di Paraguay, Ramon Diaz dan pernah minum bersama dengan pengendali dari Argentina itu, namun hanya seorang akan meraikan kejayaan pada suku akhir Copa America minggu ini.

“Ramon seorang jurulatih berpengalaman, beliau sudah meraih kejayaan di kelab seperti River Plate dan AS Monaco,” kata Dunga selepas pasukannya mengatasi Venezuela, 2-1 pada perlawanan terakhir kumpulan.

“Beliau kawan saya, kami pernah makan malam bersama. Beliau seorang yang istimewa. Sebagai pemain beliau mempunyai bakat luar biasa dan kini beliau bertindak cemerlang sebagai jurulatih. Ia pasti satu perlawanan yang seimbang. Ia bagaikan final.”

Kedua-dua pasukan bertemu di bandar raya selatan Chile, Concepcion pagi Ahad ini sekali gus ulangan suku akhir 2011, yang dimenangi Paraguay menerusi penentuan sepakan penalti selepas mengikat Brazil tanpa jaringan.

Dunga enggan membandingkan dengan pertembungan itu dan berkata, beliau tidak boleh mengubah masa lalu.

“Kami tidak boleh kembali ke zaman silam. Apa yang berlaku pada Copa America lalu sudah berlaku. Kami tidak berada di sana, kami di sini sekarang,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA