Rakyat Amerika ditikam di Kuwait

Rakyat Amerika ditikam di Kuwait

BANDAR KUWAIT, 11 Mac (AFP) – Seorang warga Amerika telah ditikam dan cedera di Kuwait dan penyerangnya telah ditangkap, kata kedutaan Amerika Syarikat (AS), menggesa rakyatnya untuk sentiasa berhati-hati kepada ancaman serangan daripada pelampau.

“Kedutaan mengesahkan warga AS bahawa seorang rakyat AS telah ditikam pada pagi kelmarin, 10 Mac, di Fintas,” sebuah bandar pesisir selatan Bandar Kuwait, menurut satu kenyataan dari laman webnya.

“Kecederaannya tidak mengancam nyawa. Lelaki yang menyerangnya berada dalam tahanan polis.”

Kedutaan tidak menyatakan identiti mangsa mahupun memberitahu maklumat mengenai rakyat atau motif penyerang yang disyaki.

“Kedutaan tidak mengetahui ancaman spesifik yang boleh dipercayai berlaku ke atas rakyat AS.

Walau bagaimanapun rakyat AS yang menetap atau mengunjungi Kuwait harus sentiasa berhati-hati berkaitan dengan keselamatan peribadi mereka,” menurut kenyataan tersebut.

“Pelampau mungkin menyerang dalam kumpulan atau berseorangan, dalam tindakan dirancang atau menyerang sasaran yang ada.”

ARTIKEL YANG SAMA