Rakyat Cuba tunggu, lihat janji Obama

Rakyat Cuba tunggu, lihat janji Obama

HAVANA, 24 Mac (AFP) – Selepas keterujaan yang menyeronokkan melihat Presiden Barack Obama meleraikan perseteruan AS-Cuba selama berdekad-dekad, rakyat Cuba semalam bangun dengan tertanya-tanya berapa banyak perubahan yang benar-benar berlaku di pulau komunis itu.

Kemuncak lawatan Obama semalam ialah ucapan yang memperlihatkan kemahiran beliau berpidato sepenuh, dengan menggesa rakyat Cuba supaya menyokong demokrasi dan berikrar bahawa AS akan menggugurkan sekatan ekonomi yang menghukumnya, meskipun keputusan itu datangnya dari Kongres yang lebih keras.

Tepuk sorak untuk Obama di Gran Teatro, Havana menunjukkan sejauh mana lawatan itu – yang pertama oleh mana-mana presiden AS dalam tempoh 88 tahun – telah mengubah dasar lama Washington dalam melayan Cuba seperti wilayah musuh.

Dan sementara Presiden Raul Castro kurang gembira, mendengar dengan wajah selamba, beliau telah membenarkan ucapan terus disiarkan langsung di televisyen kerajaan.

Tetapi selepas rasa sangat gembira, timbul sesuatu kebingungan bagi rakyat Cuba yang mengatakan tidak akan ada jawapan yang mudah.

“Kami menghargai niat baik beliau. Beliau adalah lelaki yang sangat bagus bercakap, tetapi akhirnya itu hanyalah kata-kata,” kata seorang pesara berusia 61 tahun, Estrella Mora. “Seperkara lagi ialah realiti: Obama datang dan pergi, tetapi sekatan masih ada.”

Cley Poll Betacourt, 41, memuji ucapan dan lawatan Obama. “Menurutnya seperti selalu.” Masalahnya, menurut Betacourt ialah “beliau mahu mencapai dengan sangat cepat perkara yang akan mengambi masa bertahun-tahun. kami perlukan masa untuk mengubah keadaan di sini.”

Betacourt berkata rakyat Cuba tidak bersedia bagi perubahan politik yang radikal dan juga reformasi negara – yang diperintah oleh satu parti dan dengan ekonomi kukuh – seharusnya datang dari dalam.

“Kami baik dengan presiden kami. Kami mendengarkan apa kata beliau, kerana beliau mahukan yang terbaik bagi kami. Kami tidak perlukan sesuatu yang lain.”

Mereka yang pernah mengalami kepayahan di bawah pemerintahan Castro dengan berhati-hati berkata bahawa Obama – bagaimanapun menghebatkan lawatan beliau – hanya mempunyai kuasa terbatas.”

“Saya berpendapat kerajaan tidak akan mendengar kata-kata Obama tentang perubahan politik,” kata Mirian Leiva, bekas anggota kumpulan penentang, Ladies in White.