Rakyat Cyprus mengundi

Rakyat Cyprus mengundi

ATHENS, 22 Mei (AFP) – Cyprus mengadakan pilihan raya hari ini untuk memilih parlimen baru dalam tinjauan undian yang menggambarkan iungkin dimenangi oleh konservatif yang menyokong penjawat presiden sekarang yang mengetuai perbincangan damai ke atas negara yang berbalah dari segi entik.

Lebih 540,000 orang berhak mengundi bagi 56 perwakilan di Dewan Perwakilan, Cyprus, yang secara tipikal dilihat sebagai pergelutan di antara Democratic Rally berhaluan kiri dan komunis AKEL, dengan Parti Demokratik di tempat ketiga.

Walaupun Cyprus memiliki sistem kerajaan yang eksekutif dan presiden dilantik secara berasingan, undian hari ini adalah ukuran popularity bagi Presiden Nicos Anastasiades, yang penggalnya mansuh pada 2018.

Seorang wanita membuang undi di sebuah pusat mengundi semasa pilihan raya parlimen di Limassol, Cyprus. – Reuters
Seorang wanita membuang undi di sebuah pusat mengundi semasa pilihan raya parlimen di Limassol, Cyprus. – Reuters

Anastasiades mewakili Greece Cyprus dalam perbincangan dengan Turkish Cyprus untuk menggabungkan semula negara itu, yang berpisah sejak pencerobohan tentera Turki pada 1974 yang dicetuskan oleh rampasan kuasa diinspirasikan Greece. Diplomat-diplomat merasa optimis penyelesaian mungkin boleh diperoleh bagi konflik yang telah berlanjutan itu.

Undian pendapat meletakkan Rally mendahului, dengan AKEL menyusul, dengan tidak satu pun parti dilihat mendapatkan majoriti. Undian bermula pada 0400 GMT dan dijadualkan akan berakhir pada 1600 GMT.