Rakyat Iran mengundi

Rakyat Iran mengundi

TEHRAN, 26 Feb (AFP) – Iran mula mengundi di seluruh negara dalam pilihan raya yang disifatkan oleh presiden sederhana itu sebagai penting untuk membendung penguasaan konservatif di parlimen dan mempercepatkan pembaharuan domestik selepas perjanjian nuklear dengan kuasa-kuasa dunia dimeterai.

Satu gabungan pro-kerajaan yang dikenali sebagai ‘The List of Hope’ merupakan cita-cita Presiden Hassan Rouhani dalam pilihan raya itu. Hampir 55 juta orang layak mengundi yang akhirnya akan memilih 290 ahli parlimen.

Mereka juga akan mengundi dalam pilihan raya kedua untuk memilih Dewan Pakar, satu jawatankuasa kuat dengan 88 orang ulama yang memantau kerja-kerja pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei.

Walaupun Ahli Parlimen dipilih untuk penggal empat tahun, perwakilan akan diberi tempoh lapan tahun. Sekiranya Khamenei, yang berusi 76 tahun, mati pada masa itu, ahli-ahli perwakilan akan memilih penggantinya.

Rakyat Iran mengundi di salah sebuah stesen mengundi di Iran. – AFP
Rakyat Iran mengundi di salah sebuah stesen mengundi di Iran. – AFP

Pengundian bermula pada jam 8 pagi (0430 GMT) dan akan ditutup jam 6 petang walaupun pegawai berkata pusat mengundi kekal dibuka jika barisan pengundi masih panjang dan lebih banyak masa diperlukan untuk membuang undi.

Pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei mengundi awal pagi tadi dalam satu majlis yang disiarkan secara langsung di televisyen dan menggesa semua orang untuk berbuat demikian ‘dengan cepat kerana itu adalah tugas dan hak’.

“Semua orang mesti mengundi, mereka yang cintakan Iran, mereka yang sukakan Republik Islam, mereka yang sukakan kemegahan dan kemuliaan Iran harus mengundi,” katanya kepada wartawan televisyen negara selepas mengundi.

“Kami mempunyai musuh. Pilihan Raya sedemikian rupa membuat musuh kecewa. Kita mesti mengundi dengan wawasan dan mata terbuka.”