Rakyat Jordan mula mengundi

Rakyat Jordan mula mengundi

AMMAN, 20 Sept – Rakyat Jordan hari ini mengadakan pilihan raya yang akan menyaksikan pembangkang Islamis muncul kembali sebagai kuasa parlimen utama dalam sekutu utama Barat.

Fokus utama adalah kehadiran dan prestasi Barisan Bertindak Islam, dari cawangan politik Muslim Brotherhood, Jordan. Pakar–pakar menjangka parti itu akan memperoleh 20 kerusi dalam 130 kerusi parlimen, yang akan menjadikannya kuasa pembangkang terbesar.

Undian dibuat ketika Jordan bergelut dengan limpahan peperangan di negara jiran, Syria dan Iraq dan bebanan menghoskan beratus ribu orang pelarian. Negara itu adalah ahli dari gabungan yang diketuai AS dalam menentang kumpulan berani mati di kedua-dua buah negara jiran dan menjadi sasaran bagi pengeboman nekad pada 21 Jun diakui dilakukan oleh kumpulan Negara Islam (IS) yang membunuh tujuh orang pengawal sempadan.

Kementerian Dalam Negeri berkata 50,000 anggota polis telah dikerahkan untuk memastikan keselamatan di stesen–stesen pengundian. Phenix Center, pakar pengundi setempat, berkata 42 peratus dari pengundi yang layak merancang untuk tidak menyertai pilihan raya itu, yang menggambarkan kekurangan parlimen dengan kuasa–kuasa terhad bagi menjejaskan dasar kerajaan.

Di Jordan, Raja Abdullah II boleh melantik dan memecat tentera dan ketua-ketua perisikan, hakim kanan dan ahli-ahli parlimen dewan tertinggi tanpa kelulusan kerajaan. Kehadiran awal adalah rendah di stesen–stesen mengundi di ibu negara yang dikunjungi oleh AFP.

Saja Asaf, 20, berkata dia mengundi untuk kali pertama, berkata dia berharap untuk melihat “muka-muka baru” dalam parlimen seterusnya. “Saya berharap calon yang saya undi akan berusaha untuk menyelamatkan masa depan yang lebih baik bagi generasi muda, terutamanya untuk mencari penyelesaian kepada masalah pengangguran.”

Pengangguran mencapai 14 peratus, menurut jumlah rasmi, sementara penganalisis bebas menganggarkan jumlah itu adalah di antara 22 dan 30 peratus, di negara di mana 70 peratus dari penduduk berusia di bawah 30 tahun. Undian dibuka pada 7:00 pagi (0400GMT) dan dijadualkan ditutup pada 7:00 malam (1600GMT). – AFP