Rakyat Malaysia ditahan, bawa 60 butir peluru

Rakyat Malaysia ditahan, bawa 60 butir peluru

KUCHING, 22 Mac – Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia setelah dipercayai cuba menyeludup masuk 60 butir peluru senapang patah ke negara jiran itu pada Sabtu lalu.

Lelaki yang berusia 52 tahun dan menetap di Jalan Sungai Maong Tengah, Kuching itu ditahan anggota kastam Indonesia di Pos Lintas Batas Negara, Nanga Badau, Kalimantan Barat kira-kira pukul 9:30 pagi. – Bernama