Rakyat Malaysia peneraju digital dalam komunikasi mudah alih

Rakyat Malaysia peneraju digital dalam komunikasi mudah alih

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) – Satu kaji selidik oleh Telenor Research, cabang penyedidikan Telenor Group menunjukkan rakyat Malaysia adalah peneraju digital dalam komunikasi mudah alih berbanding rakyat di beberapa negara Asia dan Eropah lain.

Kaji selidik itu mendedahkan bahawa 62 peratus responden di Malaysia menganggap aplikasi mesej sebagai perkhidmatan komunikasi paling penting dalam telefon mudah alih manakala hanya 19 peratus bersetuju panggilan suara adalahpaling penting.

Ketua Penyelidikan Telenor Research, Bjørn Taale berkata maklumat ini boleh membantu meramalkan trend industri pada masa depan dalam merancang perkhidmatandigital.

“Juga menarik untuk melihat persamaan antara negara-negara yang berbeza seperti Thailand, Hungary, Pakistan atau Norway. Apabila kita memikirkan dua negara mungkin mengikuti evolusi yang sama, kelainan tempatan menunjukkankitaadalah unik sama seperti kita adalah sama,” kata Taale.

Aplikasi komunikasi mudah alih seperti Viber, WhatsApp, Twitter dan banyak lagi menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Aplikasi komunikasi mudah alih seperti Viber, WhatsApp, Twitter dan banyak lagi menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Kaji selidik itu dijalankan pada suku keempat tahun lepas merangkumi 5,600 responden di Malaysia, Thailand, Pakistan, Serbia, Hungary, Sweden danNorway, yang berusia 16-35 tahun.

Lebih separuh daripada responden di semua negara yang dikaji selidik berkatamereka menggunakan aplikasi mesej beberapa kali sehari manakala hanyadua negaramenunjukkan penggunaan kurang daripada 50 peratus, termasuk Sweden pada 44 peratus dan Pakistan pada 29 peratus.

Selain aplikasi mesej, pengguna Malaysia menggunakan setiap hari hingga beberapa kali sehari suara mudah alih tradisional (56 peratus) dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) (49 peratus) di telefon mereka, diikuti komunikasi suara Internet (34 peratus) dan panggilan video (28 peratus).

ARTIKEL YANG SAMA