Rakyat M’sia ditahan di India disyaki miliki dadah

Rakyat M’sia ditahan di India disyaki miliki dadah

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) – Seorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi, India berikutan disyaki memiliki dadah.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi ketika dihubungi Bernama berkata lelaki berusia 18 tahun itu ditahan pihak kastam India kira-kira jam 11 malam waktu tempatan pada 27 April lepas.

“Lelaki berkenaan berlepas dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan menaiki pesawat Emirates Airlines,” katanya.

Menurutnya, hasil daripada pemeriksaan pihak berkuasa menemui dadah seberat dua kilogram (dipercayai kokain) dalam beg sandang yang dibawanya.

“Dia kini ditahan reman selama 15 hari,” kata jurucakap itu.

ARTIKEL YANG SAMA