Rakyat Palestin bawa pisau, ditembak mati

Rakyat Palestin bawa pisau, ditembak mati

NABLUS, Wilayah Palestin, 17 Dis – Seorang rakyat Palestin berlari ke arah pasukan keselamatan Israel dengan mengayun-ayunkan sebilah pisau di utara Tebing Barat sebelum dia ditembak mati, menurut tentera Israel hari ini, dalam kejadian terbaru serangan dalam masa dua bulan.

“Semasa aktiviti keselamatan rutin di Hawwara, pasukan ternampak seorang suspek dan mendekatinya untuk menyoal,” kata askar berkenaan dalam satu kenyataan mengenai insiden yang berlaku berhampiran Nablus di sebuah kawasan tempat peneroka Israel dan rakyat Palestin menyeberangi tempat pemeriksaan tentera.

Katanya lelaki itu berlari ke arah askar-askar yang kemudian melepaskan tembakan yang ‘mengakibatkan kematiannya’.

Sumber keselamatan Palestin berkata pihak berkuasa Israel telah mengambil mayat penyerang, identiti dan usianya tidak dinyatakan. – AFP