Rakyat Singapura, Myanmar bakal nikmati perjalanan tanpa visa

Rakyat Singapura, Myanmar bakal nikmati perjalanan tanpa visa

SINGAPURA, 8 Jun – Kerajaan Singapura dan Myanmar bersetuju memansuhkan keperluan visa terhadap rakyat masing-masing mulai 1 Disember, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Langkah itu membolehkan pemegang pasport kedua-dua negara anggota ASEAN berada sehingga 30 hari di Singapura atau Myanmar ketika membuat lawatan antara satu sama lain.

Kedua-dua negara mencapai persetujuan bagi memansuhkan visa pada Selasa, semasa kunjungan rasmi Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, ke Myanmar. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA