Rakyat tentukan masa depan Taiwan

Rakyat tentukan masa depan Taiwan

TAIPEI/BEIJING, 8 Nov (Reuters) – Hanya rakyat Taiwan boleh menentukan masa depannya dan akan berbuat demikian dalam pilihan raya dalam bulan Januari, pemimpin pembangkang dan yang juga calon yang disebut-sebut akan menang dalam pilihan raya pulau itu, berkata hari ini, ketika surat khabar terkemuka China memberi amaran tentang keamanan berisiko jika ia memilih kemerdekaan.

Sehari selepas Presiden China Xi Jinping dan Presiden Taiwan Ma Ying-jeou mengadakan rundingan bersejarah di Singapura, Tsaing Ing-wen, pemimpin parti yang cenderung kepada kemerdekaan Taiwan itu, Parti Progresif Demokrasi (DPP), berkata pertemuan pemimpin-pemimpin itu tidak melakukan apa-apa untuk membuatkan rakyat Taiwan merasa lebih selamat.

“Hanya pendapat umum majoriti pada 16 Januari boleh menentukan masa depan Taiwan dan hubungan selat seberang,” Tsai menulis, merujuk kepada hubungan dengan tanah besar.

Selepas pertemuan di negara berkecuali, Singapura, pemimpin-pemimpin itu yang baru pertama kali bertemu, sejak perang saudara China berakhir dalam tahun 1949, Xi memberitahu Ma mereka mesti tidak boleh membiarkan penyokong kemerdekaan Taiwan memecahkan mereka.

Rakyat Taiwan memprotes perjumpaan presiden mereka dengan presiden China. – Reuters
Rakyat Taiwan memprotes perjumpaan presiden mereka dengan presiden China. – Reuters

Ma sebaliknya menyeru bagi saling hormat-menghormati antara satu sama lain bagi sistem antara satu sama lain dan berkata rakyat Taiwan bimbang dengan peluru berpandu tanah besar menghala ke arah mereka.

“Sebagai pemimpin negara, Presiden Ma tidak membuatkan rakyatnya merasa bangga atau merasa selamat. Sebaliknya, beliau mencipta lebih banyak kegelisahan,” dia menulis.

Parti Nasionalis China, yang juga dikenali sebagai Kuomintang (KMT) telah berundur ke Taiwan selepas tewas kepada komunis dalam perang saudara, yang masih berkuasa di Beijing. Kedua-duanya bersetuju wujud ‘satu China” tetapi bersetuju untuk tidak menyetujui interpretasi.

Beijing menganggap pemerintahan sendiri dan Taiwan sebagai wilayah keluar yang akan dibawa di bawah kawalannya secara paksa jika perlu dan memberi amaran bahawa langkah ke arah kemerdekaan rasmi boleh mencetuskan konflik.

ARTIKEL YANG SAMA