Rakyat Thai beli wang peringatan mendiang raja

Rakyat Thai beli wang peringatan mendiang raja

BANGKOK, 18 Okt – Rakyat Thai menunggu penuh sabar dalam barisan panjang di luar bank-bank kerajaan hari ini bagi mendapatkan wang kertas peringatan 100 baht bagi menghormati mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.

Wang kertas itu dikeluarkan lima tahun lalu oleh Bank of Thailand, namun minat mendalam terhadapnya diperbaharui selepas kematian raja pada 13 Oktober.

Orang ramai mula berbaris awal pagi di bank-bank seluruh negara untuk membeli wang peringatan itu yang dijual dengan harga dua kali ganda nilainya pada 200 baht.

Ia menggambarkan imej-imej raja melawat rakyat Thai, menanam padi dan bermain saksofon. Sisi tepi imej istimewa itu dicetak dengan dakwat emas metalik.

“Saya mahu menyimpan setiap wang kertas yang mempunyai potret raja, kerana satu hari nanti, ia akan lenyap memandangkan kita akan hidup di bawah raja baru,” kata Surinamon Rakkaew. – AP

Wang kertas peringatan 100 baht istimewa bagi menghormati mendiang Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej yang dibeli salah seorang penduduk Thailand di Bangkok. – AP
Wang kertas peringatan 100 baht istimewa bagi menghormati mendiang Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej yang dibeli salah seorang penduduk Thailand di Bangkok. – AP