Ralat

Ralat

BERLAKU kesilapan dalam berita bertajuk ‘Tahniah Daerah Brunei dan Muara’ yang disiarkan di muka 3 Media Permata Selasa, 27 September 2016.

Haji Mohd Asri bin Haji Timbang dari Daerah Temburong dan Dayang Noriah binti Tuah dari Daerah Brunei dan Muara masing-masing menjuarai Kategori Dewasa Lelaki dan Perempuan, Pertandingan Menghafaz Surah-surah Pilihan Berserta Pemahamannya bagi Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Seluruh Negara Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 2016 yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Tutong.

Sementara itu, kategori Remaja Lelaki dan Perempuan pula masing-masing dijuarai oleh Awang Abdul Wafiy bin Haji Abdul Kadiroshman dari Daerah Tutong dan Dayang Nor Hamizah binti Aji dari Daerah Temburong. Manakala itu, keterangan gambar ramai dalam berita berkenaan sepatutnya ialah “Peserta dari Daerah Brunei dan Muara yang menang tempat pertama, kedua dan ketiga kategori masing-masing bergambar ramai.” Kesilapan ini adalah tidak disengajakan dan disesali.

ARTIKEL YANG SAMA