Ralat

Ralat

BERLAKU kesilapan pada keterangan gambar yang disiarkan di Muka 2 Media Permata keluaran 5 Oktober. Keterangan gambar tersebut sebenarnya menunjukkan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Todd Mercer menerima cenderahati daripada penganjur pameran.

Manakala dalam berita di muka 11 bertajuk ‘PERBEKAL adakan majlis keagamaan,’ nama Yang Dipertua PERBEKAL, sebenarnya ialah Pengiran Nordin bin Pengiran Haji Mahmud, dan bukan seperti yang disiarkan.

Kesilapan itu adalah tidak disengajakan dan dikesali.

ARTIKEL YANG SAMA