Rali Dakar 2016 bermula di Buenos Aires

Rali Dakar 2016 bermula di Buenos Aires

BUENOS AIRES, 22 Sept (Agensi) – Rali Dakar 2016 akan bermula pada 3 Januari depan di Buenos Aires selepas peru memutuskan tidak mengambil bahagian dalam perlumbaan itu, umum para penganjur.

Menurut media Argentina, Pertubuhan Sukan Amaury (ASO), penganjur Rali Dakar, berkata perlumbaan akan bermula pada 3 Januari dan membabitkan 13 peringkat, jumlah yang sama seperti kebiasaannya, selain turut mempunyai peringkat khas.

Pengarah Sukan Rali Dakar, Marc Comac, berkata peringkat khas akan mempunyai kurang gumuk dan lebih banyak trek teknikal sepanjang tiga hari pertama, sehingga tiba di San Salvador de Jujuy, di Argentina. Kemudiannya, laluan baru direka bentuk untuk menghubungkan Bolivia, di mana perlumbaan akan berakhir.

“Sebelum tiba di Uyuni, di Bolivia, para pelumba akan melalui peringkat baru ‘maraton’,” kata Coma sambil menambah bahawa “kami akan memasukkan sebuah taman yang ditutup di Jujuy dan kenderaan bantuan akan bersiap siaga ke arah Uyuni.”

Rali Dakar 2016 sepatutnya bermula dari Lima dan kekal empat hari di Peru. Tetapi pada Ogos lepas Peru mengumumkan mereka tidak akan mengambil bahagian kerana terpaksa berdepan fenomena cuaca dikenali sebagai “El Nino, yang menyebabkan hujan lebat di rantau Pasifik Ecuador.

ARTIKEL YANG SAMA