RAM 8GB, sokong Tango Google

RAM 8GB, sokong Tango Google

PADA pameran perdagangan teknologi pengguna tahunan, CES 2017 yang sedang berlangsung di Las Vegas, Nevada, Asus telah melancarkan ZenFone AR, telefon pintar yang menyokong program realiti bertambah (AR) Tango dan perisian realiti maya (VR) DayDream daripada Google serta dilengkapi dengan RAM 8GB.

Asus ZenFone AR akan didatangkan dalam pelbagai varian namun Asus baru mengesahkan satu versi dengan RAM 6GB.

Seperti peranti Tango lain (Lenovo Phab 2 Pro), Asus ZenFone direka dengan memikirkan Machine Vision (MV) dengan tetapan kamera dan sensor yang menyediakan pengesanan pergerakan, persepsi kedalaman dan pembelajaran kawasan.

Tidak seperti telefon-telefon pintar ZenFone lain, Asus ZenFone AR menonjolkan pengimbas cap jari terbina dalam pada punat utama.

Ia menampilkan paparan Super AMOLED QHD (1440×2560 piksel) 5.7 inci yang berkemungkinan memainkan peranan penting dalam VR. Syarikat itu menambah bahawa peranti ini mempunyai nisbah skrin ke rangka 79 peratus.

Asus ZenFone ARmenyokong program Tango daripada Google serta dilengkapi RAM sebesar 8GB.
Asus ZenFone ARmenyokong program Tango daripada Google serta dilengkapi RAM sebesar 8GB.

Spesifikasi lain, ZenFone AR dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 821 yang syarikat itu dakwa disesuaikan untuk Tango.

Pada acara itu, Asus telah mengesahkan bahawa mereka akan mempunyai sokongan aplikasi Asus ZenUI VR 360 darjah yang eksklusif pada aplikasi-aplikasi PhotoCollage, Gallery dan ZenCircle.

Syarikat itu juga mengesahkan bahawa Asus ZenFone AR mengetengahkan sistem penyejukan wap untuk mengelakkan pemanasan berlebihan.

Kameranya menonjolkan modul 23 MP Sony IMX318 dengan sistem autofokus TriTech+, dual PDAF, Laser Focus generasi kedua dan fokus berterusan. Kamera belakangnya menyokong 4-axis OIS (penstabilan imej optik) serta 3-axis EIS (penstabilan imej elektronik) bagi rakaman video di samping sokongan rakaman video 4K.

Di depan pula terdapat kamera 8MP dengan apertur f/2.0 dan lensa sudut luas.

Telefon pintar berasaskan Android 7.0 Nougat ini akan mula dipasarkan pada suku kedua 2017 dan Asus belum mendedahkan butiran lengkap spesifikasinya.

Spesifikasi lain yang didedahkan termasuk storan dalaman sehingga 256GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 128GB) dalam konfigurasi dual-SIM hibrid, bateri 3300mAh, port USB Type-C serta sambungan Bluetooth v4.2 dan Wi-Fi 802.11ac.

Asus ZenFone 3 Zoom merupakan telefon pintar kamera terbaru daripada Asus dengan bateri sebesar 5000mAh.
Asus ZenFone 3 Zoom merupakan telefon pintar kamera terbaru daripada Asus dengan bateri sebesar 5000mAh.

Pada acara yang sama, Asus juga telah mendedahkan telefon pintar kamera Asus ZenFone 3 Zoom dengan bateri 5000mAh yang digambarkan sebagai telefon pintar ‘paling nipis dan paling ringan’ dengan tebal hanya 7.9mm dan berat 170g.

Seperti model ZenFone Zoom sebelumnya, Asus ZenFone 3 Zoom juga akan berfungsi sebagai power bank dan dapat mengecas telefon-telefon pintar lain.

Bagi spesifikasinya, Asus ZenFone 3 Zoom menonjolkan paparan AMOLED HD-penuh (1080×1920 piksel) 5.5 inci dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 5 dan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625.

Seperti Asus ZenFone AR, syarikat berkenaan belum mendedahkan butiran lengkap, namun Asus telah menyatakan konfigurasi RAM 4GB dan storan 128GB.

Asus ZenFone 3 Zoom menonjolkan tetapan dua kamera belakang, satu kamera 12MP dengan sensor Sony IMX362 dan apertur f/1.7, manakala itu, satu lagi kamera 12MP menonjolkan zum optik 1.3x, membolehkan jumlah zum 12x. Seperti ZenFone AR, ia menampilkan sistem autofokus TriTech+, dual-PDAF, 4-axis OIS dan 3-axis EIS.

Di depan pula terdapat kamera 13MP dengan sensor Sony IMX214, apertur f/2.0 dan ciri denyaran skrin. Asus ZenFone 3 Zoom akan mula dipasarkan bulan depan.