Ramadan di Malaysia dijangka panas

Ramadan di Malaysia dijangka panas

PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) – Malaysia diramal mengalami keadaan cuaca panas dengan taburan hujan yang sedikit sepanjang bulan Ramadan tahun ini, demikian menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Strategik dan Teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Rosaidi Che Abas berkata suhu pada bulan Ramadan yang bermula pertengahan Jun diramalkan sekitar 33 hingga 35 darjah celsius di samping keadaan hujan yang kurang daripada biasa.

“Suhu biasa di Malaysia adalah sekitar 30, 31, 32 darjah celsius tapi untuk puasa ini kita ramalkan agak panas sedikit mungkin sampai 35 darjah celsius,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ini disebabkan negara telah memasuki musim monsun barat daya yang secara relatifnya menyebabkan jumlah hujan diterima berkurangan.

Keadaan cuaca panas itu dijangka berterusan sehingga September, katanya.

ARTIKEL YANG SAMA