Ramah mesra bersama pelanggan

Ramah mesra bersama pelanggan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Bersempena dengan ulang tahun ketiga, Syarikat Azutech Sdn Bhd yang merupakan pembekal dan pengedar produk IT berkualiti dan dipercayai jenama OKI dan Dell di negara ini, telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama para pelanggan dan kliennya yang berlangsung di Bilik Pameran Syarikat Azutech, Kampong Mata-Mata di sini, hari ini.

Majlis turut diserikan dengan taklimat mengenai produk-produk IT terbaik edarannya telah disampaikan oleh Pengurus Perniagaan Syarikat Azutech Sdn Bhd, Tomas Medina.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Syarikat, Awang Matussin bin Haji Ahmad.

Para jemputan yang hadir melihat produk-produk yang ditawarkan.
Para jemputan yang hadir melihat produk-produk yang ditawarkan.

Di samping itu juga, sempena ulang tahunnya, kempen cabutan bertuah diadakan bermula hari ini sehingga 8 Oktober nanti; pelanggan yang membeli produk di Azutech sepanjang tempoh ini akan berpeluang untuk memenangi percutian empat hari untuk dua orang ke Ho Chi Minh, Azutech Credit Store atau sebuah TV 32 inci dengan Smart TV Box.

Selain itu, Azutech juga menawarkan promosi harga bagi produk-produk OKI dan Dell bersama jaminan dua tahun.

ARTIKEL YANG SAMA