‘Ramah Mesra Bersama Pelanggan’

‘Ramah Mesra Bersama Pelanggan’

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri turut tidak ketinggalan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama pelanggannya di Bangunan Jabatan Buruh di Jalan Dewan Majlis, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan cenderahati dalam sambutan itu ialah Pemangku Pesuruhjaya Buruh, Haji Rani bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

Acara dimulakan dengan ucapan tetamu kehormat dan tayangan ucapan setiap bahagian dan cawangan Jabatan Buruh dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan plak kepada pesara-pesara pegawai serta kakitangan Jabatan Buruh.
Dengan bertemakan ‘Ramah Mesra Bersama Pelanggan’ ini bertujuan untuk meraikan Aidilfitri bersama pelanggan, majikan dan orang ramai yang datang ke Jabatan Buruh semasa sambutan diadakan.

Di samping itu, sambutan ini juga adalah bagi memberikan peluang kepada orang ramai untuk bertanya dan mengetahui lebih lanjut mengenai hal ehwal perburuhan seperti dasar-dasar baru dan permohonan-permohonan yang diproses oleh Jabatan Buruh.

Akhir sekali acara disudahi dengan penyampaian hadiah bagi hiasan pondok yang paling cantik yang dimenangi oleh Pejabat Buruh Cawangan Kuala Belait.

Gambar ramai bersama tetamu kehormat majlis.
Gambar ramai bersama tetamu kehormat majlis.

ARTIKEL YANG SAMA