Ramah mesra keluarga Pehin Perdana Wangsa

Ramah mesra keluarga Pehin Perdana Wangsa

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Feb – Untuk mengeratkan lagi silaturahim seluruh keluarga terutama sekali yang kini tinggal berjauhan, ahli Keluarga Pehin Perdana Wangsa Haji Mohamed buat julung-julung kalinya telah mengadakan majlis ramah mesra yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan bekas Menteri Kesihatan, Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

Turut hadir ialah anak-anak, cucu dan cicit Pehin Perdana Wangsa Haji Mohamed serta ahli keluarga.

Majlis telah dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan bacaan Doa Selamat dan kemudian ramah mesra sambil menikmati jamuan.

Gambar ramai sebahagian ahli keluarga Pehin Perdana Wangsa Haji Mohamed semasa perhimpunan itu.
Gambar ramai sebahagian ahli keluarga Pehin Perdana Wangsa Haji Mohamed semasa perhimpunan itu.

Salah seorang ahli keluarga, Haji Ali melahirkan harapan agar hubungan berkenaan akan diteruskan pada masa depan demi kesejahteraan dan kebaikan keluarga besar Pehin Perdana Wangsa Haji Mohamed.

ARTIKEL YANG SAMA