Ramah mesra POLSARA

Ramah mesra POLSARA

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei yang Bersara (POLSARA), semalam, menganjurkan Majlis Ramah Mesra POLSARA sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015.

Majlis itu berlangsung di kediaman Yang Dipertua POLSARA, Penguasa Polis (B) Pengiran Dato Paduka Haji Salim bin Pengiran Wahid.

Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Zainal serta datin, dan Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Besar.

Majlis berkenaan bertujuan untuk mengeratkan dan memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim di antara ahli-ahli POLSARA di samping sebagai aktiviti tahunan persatuan.

Penguasa Polis (B) Pengiran Dato Paduka Haji Salim dan Yang Berhormat Pehin Haji Yaakub yang menghadiri majlis berkenaan.
Penguasa Polis (B) Pengiran Dato Paduka Haji Salim dan Yang Berhormat Pehin Haji Yaakub yang menghadiri majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA