Ramai bimbang penuaan tetapi abaikan kepentingan pemakanan

HONG KONG, 11 Okt – Syarikat pemakanan premium global, Herbalife hari ini mengeluarkan hasil Kajian Penuaan Sihat Asia Pasifik, daripada 6,000 responden berumur 40 tahun ke atas dari Australia, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Kaji selidik itu mendapatkan pandangan mengenai kebimbangan dan sikap pengguna-pengguna Asia Pasifik berkaitan dengan penuaan, dan mendedahkan bahawa walaupun majoriti pengguna Asia Pasifik bimbang tentang potensi masalah kesihatan yang disebabkan oleh penuaan dan percaya bahawa langkah-langkah aktif dapat diambil untuk membantu mereka dengan peningkatan usia secara sihat, ramai di antara mereka meremehkan kepentingan pemakanan dalam penuaan sihat.

Berdasarkan penemuan Penyelidikan Penuaan Sihat Asia Pasifik Herbalife Nutrition, sembilan daripada 10 responden bimbang tentang potensi masalah kesihatan yang disebabkan oleh penuaan, dengan 53 peratus responden menganggap bahawa masalah berkaitan dengan tulang/sendi, diikuti oleh mata (46 peratus), jantung (45 peratus) dan otak (44 peratus) mengambil tangga teratas dalam senarai kebimbangan mereka. Walaupun tahap kebimbangan tinggi, 80 peratus responden bersetuju bahawa mereka boleh mengambil langkah aktif untuk membantu peningkatan usia secara sihat.

Di antara langkah-langkah yang mungkin diambil oleh responden untuk berada dalam keadaan sihat ketika berusia, penglibatan dalam aktiviti secara kerap muncul sebagai pilihan utama di kalangan 43 peratus responden. Sebagai perbandingan, hanya 22 peratus responden mengatakan mereka berkemungkinan besar akan membuat pilihan pemakanan yang lebih baik, dan 8 peratus mengatakan mereka akan mengambil makanan tambahan atau membuat pemeriksaan kesihatan yang lebih kerap.